Categories
2018 Kurikulum Pencapaian UPSR

Keputusan UPSR 2018

Gambar utama:
Murid Tahun 6 SK Ulu Daro menerima keputusan UPSR masing-masing
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR SK Ulu Daro tahun 2018 yang telah mendapat keputusan yang sangat membanggakan. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah mencapai kecemerlangan dari pelbagai aspek, samada dari segi akademik, sahsiah, dan juga kokurikulum. Kepada yang kurang berjaya dalam UPSR, usah berputus asa kerana anda telah berusaha sedaya upaya untuk membuktikan kebolehan anda. Teruskan berusaha sehingga anda berjaya.
Sekalung penghargaan juga kepada semua guru yang telah membantu calon-calon UPSR pada tahun ini serta mencurahkan ilmu untuk membantu murid-murid SKUD mencapai kejayaan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepada anak-anak dan membantu pihak sekolah untuk meneruskan misi mencapai kecemerlangan.
UPSR hanyalah permulaan bagi anda untuk menggapai lebih banyak kejayaan di peringkat sekolah menengah, seterusnya pada pengajian tinggi dan alam pekerjaan. Semoga berjaya dalam usaha anda untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya selepas meninggalkan sekolah ini.
Selamat tinggal, adik-adik, dan selamat maju jaya.
Masa kita bersama pasti akan menjadi kenangan terindah.
Categories
2018 Aktiviti Kurikulum UPSR

Bengkel Kecemerlangan UPSR Matematik 2018

Tarikh: 14 Mac 2018 (Rabu)
Tempat: Kelas Tahun 6
Pegawai SISC+ PPD Daro, En. Zulfadli bin Hj. Seddek telah dijemput sebagai penceramah bagi Bengke Kecemerlangan UPSR 2018 untuk subjek Matematik. Beliau telah menyampaikan beberapa tips untuk menjawab kertas soalan Matematik UPSR.
Categories
2018 Kurikulum Pencapaian UPSR

Penyampaian Insentif Calon UPSR (Ujian Diagnostik)

Gambar utama:
Cikgu Isah, PK1 SKUD menyampaikan insentif kepada murid Tahun 6 yang berjaya mendapat lulus dalam semua matapelajaran dalam Ujian Diagnostik

Ketika sesi perhimpunan pagi tadi, 5 orang murid Tahun 6 telah menerima insentif dari pihak sekolah atas kejayaan mereka lulus dalam semua matapelajaran untuk Ujian Diagnostik yang dijalankan pada bulan lepas. Antara penerima insentif tersebut ialah:

  • Amirul Hafizh Izzuddin bin Abdullah (1A)
  • Farid Zulhusni bin Fathi
  • Irfan Hakim bin Abdullah
  • Mohd Fazley bin Ibrahim
  • Muhamad Nur Aiman bin Khelman

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya menerima insentif ini. Diharap murid Tahun 6 yang lain juga dapat meningkatkan lagi usaha untuk mencapai sekurang-kurangnya lulus dalam semua matapelajaran menjelang UPSR yang bakal tiba enam bulan dari sekarang.