Categories
2018 Kokurikulum Pencapaian Sukan

Kejohanan Balapan & Padang MSS Daerah Daro 2018

Gambar utama:
Adik Nur Syakyiera (kiri) bersama para pemenang kategori larian 200m kategori perempuan.
 
Tarikh: 21 Februari 2018
Tempat: Stadium Mini Daro
Adik Nur Syakyiera binti Yusmi, salah seorang murid SKUD telah mewakili Zon Tanjung Alan dalam acara larian 200m, kategori perempuan di Kejohanan Balapan & Padang MSS Daerah Daro 2018. Adik Nur Syakyiera telah berjaya memenangi pingat perak (tempat kedua) bagi acara tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Adik Nur Syakyiera atas kejayaan ini!
 Cikgu Ahmad menyampaikan hadiah kepada Adik Nur Syakyiera
Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum Sukan

Program Sihat Selasa SKUD

Bermula pada 30 April, semua guru, staf serta murid SKUD akan menyertai Program Sihat Selasa SKUD pada setiap pagi hari Selasa sebelum bermulanya sesi persekolahan. Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga SKUD.

Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum Sukan

Sukantara 2019: Lompat Jauh & Lontar Peluru

Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum Sukan

Sukantara 2019: Lompat Tinggi

Categories
2019 Kokurikulum Pencapaian Sukan

Kejohanan Olahraga & Balapan MSS Daerah Daro 2019

Murid SKUD yang mewakili Zon Tanjung Alan.
Dari kiri: Arif, Azimin, Amirah & Siti Aisyah
Tarikh: 19 Februari 2019
Tempat: Mini Stadium Matu

Kejohanan Olahraga & Balapan MSS Daerah Daro telah diadakan semalam, di mana 4 orang murid SKUD telah mewakili Zon Tanjung Alan untuk berentap dalam beberapa acara. Berikut adalah acara serta pencapaian yang mereka perolehi:

Murid Kelas Acara Pencapaian
MOHAMAD ARIF BIN ABU BAKAR 6 Kelisa Lontar Peluru 12TKB
MUHAMMAD AZIMIN BIN RAJMAN 6 Kelisa Lompat Jauh 12TKB
AMIRAH KHAIRIYYAH BINTI ABDULLAH 5 Kenari 80m Lari Berpagar Gangsa
4 x 100m Gangsa
SITI AISYAH BINTI ROSELAN 5 Kenari 100m Gangsa
4 x 100m Gangsa
Tahniah kepada mereka berempat atas kejayaan dan pengalaman yang telah mereka perolehi dari kejohanan ini.