Categories
2019 Jasamu Dikenang Selamat Datang

Terima Kasih, Cikgu Ahmad & Selamat Datang, Cikgu Harfan ♥

Cikgu Ahmad menyempurnakan simbolik penyerahan tugas kepada Guru Besar SKUD yang baharu, Cikgu Harfan
Cikgu Ahmad bin Mahmood, Guru Besar SK Ulu Daro bakal berpindah ke SK Sekaan Kechil, Matu (juga sebagai Guru Besar) setelah berkhidmat di sini sejak tahun 2016. Perpindahan Cikgu Ahmad sangat dirasai oleh warga SKUD atas jasa beliau yang banyak merancang dan melaksanakan perubahan di sekolah ini dalam pelbagai aspek. Semoga Cikgu Ahmad terus berjaya dalam perkhidmatannya sebagai pemimpin di sekolah baharu. Warga SKUD ingin mengucapkan terima kasih atas khidmat dan bakti yang telah beliau sumbangkan di sekolah ini.

Hari ini telah diadakan Majlis Perpisahan serta Penyerahan Tugas kepada Guru Besar yang baharu. SKUD juga berbesar hati untuk menyambut kedatangan Guru Besar baharu SKUD, iaitu Cikgu Harfan bin Wahed, yang sebelum ini bertugas sebagai Guru Besar di SK Sok, Matu, dan pernah juga menjadi salah seorang daripada tenaga pengajar di sekolah ini suatu masa dahulu.

SKUD ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-duanya dalam menjalankan tugas baharu masing-masing kelak.

Categories
2019 Selamat Datang

Selamat Kembali, Cikgu Isah!

Setelah berpindah pada bulan Januari yang lalu, Cikgu Isah telah ditempatkan semula ke SK Ulu Daro mulai hari ini sebagai guru akademik biasa. Sebelum perpindahan beliau, Cikgu Isah telah bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) di SKUD.

Selamat kembali kami ucapkan, dan semoga kehadiran semula cikgu di sini dapat membantu untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dalam kalangan murid di SKUD.

Categories
2019 Selamat Datang

Selamat Datang, Cikgu Masdor!

Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) baharu SKUD: Cikgu Masdor

Setelah Cikgu Isah berpindah ke SK Pangtray, SKUD telah menerima kedatangan Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) yang baharu, iaitu Cikgu Masdor bin Madong. Beliau telah berpindah dari SK Sekaan Kechil, Matu, dan merupakan anak jati Kampung Tengah, Daro. Beliau memulakan tugasnya sebagai PK1 di SKUD mulai hari ini.
Selamat datang kami ucapkan, dan semoga kehadiran cikgu dapat membantu untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dalam kalangan murid di SKUD.
Categories
2019 Selamat Datang

Selamat Datang, Ustaz Azhar & Cikgu Ismail!

Guru baharu SKUD: Ustaz Azhar (kiri) dan Cikgu Ismail (kanan)
SK Ulu Daro telah menyambut kedatangan dua orang guru baharu pada awal tahun ini.
Guru yang pertama ialah Ustaz Ahmad Azhar bin Ab Hatib, yang berpindah dari SK Bawang Tian, Matu. Beliau berasal dari negeri Selangor, dan telah berkhidmat sebagai guru selama lebih daripada 20 tahun di Sarawak. Beliau telah memulakan tugasnya di SKUD mulai 31 Disember 2018.
Manakala seorang lagi guru ialah Cikgu Ismail bin Libar, yang baru sahaja memulakan perkhidmatan pertamanya sebagai guru. Beliau berasal dari Sebuyau, Sarawak dan merupakan lepasan IPG Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan, Sarawak. Beliau telah memulakan tugasnya di SKUD mulai 24 Januari 2019.
Selamat datang kami ucapkan, dan semoga kehadiran cikgu dapat membantu untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dalam kalangan murid di SKUD.