Categories
2018 Mesyuarat PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SKUD 2018

Tarikh: 30 Mac 2018 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Kelas Tahun 1

Mesyuarat Agung PIBG SKUD 2018 telah diadakan di Kelas Tahun 1 melibatkan semua ibu bapa dan guru. Biarpun ia diadakan pada cuti umum Good Friday, namun beberapa anggota PIBG tetap memberi komitmen untuk menghadiri mesyuarat ini.

 
 
Categories
2020 PIBG

Taklimat Pembukaan Semula Sekolah Sesi 2020

Para ibu bapa murid Tahun 1 hingga 6 telah menghadiri taklimat pembukaan semula sekolah pada jam 8.30 pagi tadi. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan SOP yang bakal dikuatkuasakan sebaik murid meneruskan semula sesi pembelajaran pada 15 Julai (Tahun 5 dan 6) dan 23 Julai (Tahun 1 hingga 4; 22 Julai adalah Cuti Hari Sarawak). Diharap agar para ibu bapa mempersiapkan anak-anak mereka sebelum kembali ke sekolah dan sentiasa mengingatkan mereka tentang langkah keselamatan dan pencegahan dari wabak COVID-19.

Categories
2019 Aktiviti PIBG

Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja SKUD 2019

Tarikh: 3 Mei 2018 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja SKUD tahun ini telah diadakan dengan tema pakaian “Baju Melayu”. Tema Hari Guru tahun ini adalah “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Turut diadakan pada sambutan ini ialah aktiviti sukaneka guru & staf, serta jamuan air kelapa muda kepada semua warga SKUD.

 
Categories
2019 Aktiviti Jasamu Dikenang PIBG

Jamuan Perpisahan Cikgu Isah ♥

Tarikh: 24 Januari 2019
Masa: 2.00 petang
Tempat: Sugarbun Daro
Satu jamuan perpisahan telah diadakan untuk Cikgu Isah bt Sahnor, Penolong Kanan 1 SK Ulu Daro, yang bakal berpindah ke SK Pangtray setelah menabur bakti di SK Ulu Daro selama hampir 20 tahun. Jamuan ini dihadiri oleh semua guru, staf, serta barisan EXCO PIBG dan alumni SK Ulu Daro. Cikgu Isah bakal memulakan perkhidmatannya di SK Pangtray pada 11 Februari 2019, iaitu selepas Cuti Tahun Baru Cina. Perpisahan amat dirasai oleh seluruh warga SKUD, terutamanya ibu bapa di sekitar SKUD, memandangkan Cikgu Isah adalah anak jati Kampung Lemang Pek dan pernah mengajar kebanyakan ibu bapa serta guru di sini,
Semoga Cikgu Isah kekal sukses di tempat yang baharu, dan terus gigih menabur bakti untuk mendidik anak bangsa. ♥
 
 Penyampaian cenderahati dari PIBG oleh Pn. Nurhidayati Abdullah,
Yang Dipertua PIBG SK Ulu Daro
Categories
2019 Aktiviti Kurikulum PIBG UPSR

Sesi Randau Bersama Guru, Ibu Bapa & Murid Tahun 6 (2019)

Tarikh: 22 Januari 2019
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SKUD
Satu sesi randau telah diadakan oleh pihak sekolah bersama ibu bapa serta murid Tahun 6. Sesi randau ini juga dihadiri oleh guru-guru yang mengajar Tahun 6, khususnya matapelajaran dalam UPSR. Sesi randau ini dipengerusikan oleh Guru Besar, Cikgu Ahmad bin Mahmood. Antara agenda sesi ini adalah pembentangan program kecemerlangan UPSR serta penetapan sasaran untuk UPSR 2019. Guru yang mengajar matapelajaran UPSR, iaitu Cikgu Davern, Cikgu Isah dan Cikgu Sollehuddin turut menyampaikan pesanan serta amanat kepada ibu bapa dan murid yang hadir.