Categories
2019 Kokurikulum Pencapaian

Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid dan Azan Peringkat Daerah Daro 2019

Adik Nurzaimatul Ain Rashidah, wakil Zon Tanjung Alan untuk Pertandingan Hafazan Kategori Perempuan
Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid dan Azan Peringkat Zon Tanjung Alan 2019 telah diadakan semalam (13 Mac 2019) di SK Camporan Daro. Untuk pertandingan ini, dua daripada murid SK Ulu Daro telah mewakili Zon Tanjung Alan, iaitu Adik Nurzaimatul Ain Rashidah binti Arashid untuk Hafazan Kategori Perempuan; dan Adik Nurcahaya bt Ahmad Symek, untuk Khat. Walaupun kedua-duanya tidak berjaya untuk mewakili Daerah Daro ke Peringkat Bahagian, namun kita harus berbangga dengan pencapaian mereka yang telah berjaya memasuki Peringkat Daerah.
Tahniah kepada kedua-duanya kerana telah melakukan yang terbaik!
Acara Khat:
Acara Hafazan:
Categories
2019 Kokurikulum Pencapaian

Karnival Bahasa Peringkat Zon Tanjung Alan 2019

Adik Nur Farah Qyrysxa menerima hadiah Tempat Ketiga bagi Pertandingan Bercerita Tahap 1 (Foto oleh: En. Saidi dari PKG Daro)

Karnival Bahasa Peringkat Zon Tanjung Alan telah berlangsung pagi tadi, menyaksikan acara Karnival Bahasa Melayu diadakan di SK Hijrah Badong, dan Karnival Bahasa Inggeris diadakan di SK Camporan Daro. SKUD telah menghantar 6 orang wakil, iaitu 4 orang untuk Karnival Bahasa Melayu dan 2 orang untuk Karnival Bahasa Inggeris. Berikut adalah wakil SKUD ke pertandingan tersebut:

KARNIVAL BAHASA MELAYU

Bercerita
Tahap 1: NUR FARAH QYRYSXA BINTI ABDUL GANI
Tahap 2: NURHAZWANI HAFIZA BINTI FATHI

Nyanyian Solo
Lelaki: MOHAMMAD FIRMAN BIN AMRAN
Perempuan: NORREYZA CHINTYA BINTI ABDULLAH

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

Story Telling
NUR AQILAH ZAHIDAH ABDUL AZIZ

Public Speaking
SYAHADATUL NUR AIN BINTI KHELMAN

Seorang wakil dari SKUD telah berjaya memperolehi keputusan tiga teratas, iaitu Adik Nur Farah Qyrysxa binti Abdul Gani yang mendapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah melakukan yang terbaik!

Categories
2019 Kokurikulum Pencapaian

Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid dan Azan Peringkat Zon Tanjung Alan 2019

Pasukan Nasyid SKUD, Rijalun Najihin
Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid dan Azan Peringkat Zon Tanjung Alan 2019 telah diadakan semalam (6 Mac 2019) di SK Camporan Daro. Pertandingan ini menyaksikan 5 acara dipertandingkan, iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita dari Kisah Al-Quran, Azan dan Nasyid. Berikut adalah wakil SKUD ke pertandingan tersebut:

Tilawah Al-Quran

Lelaki : MUHAMMAD AZIMIN BIN RAJMAN
Perempuan : NORREYZA CHINTYA BINTI ABDULLAH

Hafazan

Lelaki : MUHAMMAD ADEF BIN ABDUL RASHID
Perempuan : NURZAIMATUL AIN RASHIDAH BINTI ARASHID

Bercerita dari Kisah Al-Quran

Lelaki : MOHAMMAD AFIQ BIN ABDUL HALIL
Perempuan : AUNI HASYA BINTI RAHIM

Azan

  1. MOHAMAD FARRIEL BIN ABDUL TAIB
  2. MUHAMAD AIDID EQUWAN ALI AKBAR

Nasyid

Nama Kumpulan: RIJALUN NAJIHIN

Ahli:

  1. MUHAMMAD AIRIL SYAZWAN BIN IDRIS
  2. MUHAMMAD AZIMIN BIN RAJMAN
  3. MOHAMAD FARHAN BIN AHMAD
  4. MOHAMAD YUSRIE BIN IBRAHIM
  5. MOHAMMAD FIRMAN BIN AMRAN
  6. MOHAMAD HAIKAL BIN JOHADI
  7. MOHAMAD FARRIEL BIN ABDUL TAIB
  8. AHMAD TAUFIQ KUAN JUN KIAT ABDULLAH
Dua wakil dari SKUD telah berjaya memperolehi keputusan tiga teratas, iaitu Kumpulan Rijalun Najihin, yang mendapat tempat ketiga bagi Nasyid; dan Adik Nur Zaimatul Ain Rashidah binti Arashid, yang mendapat tempat kedua bagi Hafazan Kategori Perempuan.
Oleh itu, Adik Nur Zaimatul Ain telah dipilih untuk mewakili Zon Tanjung Alan ke MTQ Peringkat Daerah yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Sama-sama kita doakan kejayaannya.
Tahniah kepada semua peserta kerana telah melakukan yang terbaik!
Categories
2019 Kokurikulum Pencapaian Sukan

Kejohanan Olahraga & Balapan MSS Daerah Daro 2019

Murid SKUD yang mewakili Zon Tanjung Alan.
Dari kiri: Arif, Azimin, Amirah & Siti Aisyah
Tarikh: 19 Februari 2019
Tempat: Mini Stadium Matu

Kejohanan Olahraga & Balapan MSS Daerah Daro telah diadakan semalam, di mana 4 orang murid SKUD telah mewakili Zon Tanjung Alan untuk berentap dalam beberapa acara. Berikut adalah acara serta pencapaian yang mereka perolehi:

Murid Kelas Acara Pencapaian
MOHAMAD ARIF BIN ABU BAKAR 6 Kelisa Lontar Peluru 12TKB
MUHAMMAD AZIMIN BIN RAJMAN 6 Kelisa Lompat Jauh 12TKB
AMIRAH KHAIRIYYAH BINTI ABDULLAH 5 Kenari 80m Lari Berpagar Gangsa
4 x 100m Gangsa
SITI AISYAH BINTI ROSELAN 5 Kenari 100m Gangsa
4 x 100m Gangsa
Tahniah kepada mereka berempat atas kejayaan dan pengalaman yang telah mereka perolehi dari kejohanan ini.
Categories
2018 Kurikulum Pencapaian UPSR

Keputusan UPSR 2018

Gambar utama:
Murid Tahun 6 SK Ulu Daro menerima keputusan UPSR masing-masing
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR SK Ulu Daro tahun 2018 yang telah mendapat keputusan yang sangat membanggakan. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah mencapai kecemerlangan dari pelbagai aspek, samada dari segi akademik, sahsiah, dan juga kokurikulum. Kepada yang kurang berjaya dalam UPSR, usah berputus asa kerana anda telah berusaha sedaya upaya untuk membuktikan kebolehan anda. Teruskan berusaha sehingga anda berjaya.
Sekalung penghargaan juga kepada semua guru yang telah membantu calon-calon UPSR pada tahun ini serta mencurahkan ilmu untuk membantu murid-murid SKUD mencapai kejayaan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepada anak-anak dan membantu pihak sekolah untuk meneruskan misi mencapai kecemerlangan.
UPSR hanyalah permulaan bagi anda untuk menggapai lebih banyak kejayaan di peringkat sekolah menengah, seterusnya pada pengajian tinggi dan alam pekerjaan. Semoga berjaya dalam usaha anda untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya selepas meninggalkan sekolah ini.
Selamat tinggal, adik-adik, dan selamat maju jaya.
Masa kita bersama pasti akan menjadi kenangan terindah.