Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum Sukan

Sukantara 2019: Lompat Jauh & Lontar Peluru

Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum Sukan

Sukantara 2019: Lompat Tinggi

Categories
2019 Aktiviti HEM

Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah Sempena Pesta Daro 2019

ADUN N.43 Daro, YB Safiee bin Ahmad bergambar sambil melaungkan “Belia Benci Dadah” bersama tetamu kehormat serta peserta ceramah
Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah telah dianjurkan oleh PEMADAM Daerah Daro dengan kerjasama AADK Bahagian Mukah bertemakan “Belia Benci Dadah” bersempena Pesta Daro 2019. Seramai 29 orang murid Tahun 6 SK Ulu Daro serta murid-murid lain di sekolah sekitar kawasan Daro telah menghadiri ceramah tersebut yang disampaikan oleh wakil daripada AADK Bahagian Mukah. Ceramah ini telah dirasmikan oleh ADUN N.43 Daro, YB Safiee bin Ahmad.
Antara intipati ceramah ini ialah tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta tips kepada murid untuk mengenalpasti jenis-jenis dadah yang perlu dielakkan. Semoga ceramah ini dapat menambah lagi ilmu pengetahuan kepada murid-murid Tahun 6 SKUD dan sedar bahawa penyalahgunaan dadah adalah musuh utama negara kita.
Categories
2019 Aktiviti HEM

Program Ziarah Cakna SKUD Bil. 1/2019

Cikgu Ahmad, Guru Besar SKUD menyampaikan sumbangan kepada En. Ali Akbar bin Aban
Program Ziarah Cakna SKUD telah diadakan buat kali pertamanya pada sebelah petang tadi, di mana guru-guru SKUD telah melawat rumah Ketua Kampung bagi Kampung Tengah, iaitu Encik Ali Akbar bin Aban, untuk menziarahi keluarga murid Tahun 6, iaitu Adik Muhammad Aidid Equwan bin Ali Akbar.
Program Ziarah Cakna merupakan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru dilancarkan awal tahun ini. Ia bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa serta penjaga. Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun secara berkala, di mana pihak sekolah akan menziarahi rumah murid yang terpilih untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka.
Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat SKUD 2019

Murid yang bakal mewakili SKUD ke MTQ Peringkat Zon
Dari kiri: Adef, Farriel, Aidid, Azimin, Afiq, Cahaya, Nurzaimatul Ain, Chintya, Auni Hasya 

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat SK Ulu Daro telah diadakan untuk memilih peserta yang bakal mewakili sekolah ke peringkat Zon Tanjung Alan yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti. Antara acara yang dipertandingkan adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita Kisah-Kisah Nabi, Azan, dan Khat.

Berikut merupakan pemenang bagi setiap acara:

NOTA: Nama yang bertanda kuning dipilih sebagai wakil ke peringkat zon.

Tilawah Al-Quran (Lelaki) Tilawah Al-Quran (Perempuan)
  1. Muhammad Azimin bin Rajman
  2. Muhammad Airil Syazwan bin Idris
  3. Muhammad Raziq Ashriq bin Idris
  1. Norreyza Chintya binti Abdullah
  2. Nur Hazwani Hafiza binti Fathi
  3. Nur Aina binti Hardy
Hafazan (Lelaki) Hafazan (Perempuan)
  1. Muhammad Adef bin Abdul Rashid
  2. Mohamad Zulfikar bin Mahsin
  3. Mohamad Farriel bin Abdul Taib
  1. Nurzaimatul Ain Rashidah bt Arashid
  2. Syahadatul Nur Ain binti Khelman
  3. Nur Mursyida binti Abdullah
Bercerita (Lelaki) Bercerita (Perempuan)
  1. Mohammad Afiq bin Abdul Halil
  2. Mohammad Khairul Nazri bin Osmandi
  3. Hanif Zakwan bin Mahji
  1. Auni Hasya binti Rahim
  2. Amirah Khairiyyah binti Abdullah
  3. Eka Kartika Ningsih binti Sudarmaji
Azan Khat
    1. Muhammad Azimin bin Rajman
    2. Mohamad Farriel bin Abdul Taib
    3. Muhamad Aidid Equwan Ali Akbar
  1. Nurcahaya binti Ahmad Symek
  2. Norin binti Mohammad Yunus
  3. Nur Farhana binti Abu Seri

Tahniah diucapkan kepada yang telah terpilih, dan semoga berjaya di MTQ Peringkat Zon nanti!

* * *

Gambar Sepanjang Aktiviti:

PERTANDINGAN KHAT
 
* * *
PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN
* * *
 
PERTANDINGAN HAFAZAN
* * *
PERTANDINGAN BERCERITA KISAH-KISAH NABI
* * *
 
PERTANDINGAN AZAN