Categories
2019 Aktiviti PIBG

Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja SKUD 2019

Tarikh: 3 Mei 2018 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja SKUD tahun ini telah diadakan dengan tema pakaian “Baju Melayu”. Tema Hari Guru tahun ini adalah “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Turut diadakan pada sambutan ini ialah aktiviti sukaneka guru & staf, serta jamuan air kelapa muda kepada semua warga SKUD.

 
Categories
2019 Aktiviti HEM

Program 7 Langkah Membersih Tangan Murid Tahun Satu 2019

Program 7 Langkah Membersih Tangan telah dilakukan bersama murid Tahun Satu. Program ini dijalankan selaras dengan percubaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencatat rekod The Malaysia Book of Records, iaitu membersih tangan menggunakan Melilea Ecomind Hand Sanitizer bersama lebih 450000 murid Tahun Satu secara serentak di semua sekolah seluruh Malaysia. Program ini telah dijalankan serentak pada jam 10 pagi pada 30 April 2019.
Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum Sukan

Program Sihat Selasa SKUD

Bermula pada 30 April, semua guru, staf serta murid SKUD akan menyertai Program Sihat Selasa SKUD pada setiap pagi hari Selasa sebelum bermulanya sesi persekolahan. Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga SKUD.

Categories
2019 Aktiviti Kurikulum Lawatan Luar

Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Pembudayaan KBAT oleh Guru-Guru SK Semop, Daro

Tarikh: 25 April 2019
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
 
SKUD telah menerima kunjungan 10 orang guru dari SK Semop, Daro untuk Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Pembudayaan KBAT. Lawatan ini telah diketuai oleh Guru Besar SK Semop, En. Hashim bin Jokie. Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang kunjungan mereka, termasuklah pembentangan pembudayaan KBAT di sekolah oleh En. Ahmad bin Mahmood, lawatan ke kelas untuk melihat aktiviti PdPc melibatkan KBAT serta lawatan ke sekitar kawasan sekolah yang telah diimplementasi dengan budaya KBAT. Terima kasih diucapkan kepada SK Semop kerana telah memilih SKUD sebagai sekolah untuk dilawati. Semoga pihak dari SK Semop mendapat manfaat yang besar dari lawatan yang telah mereka laksanakan ini.
Pembentangan oleh En. Ahmad bin Mahmood
Lawatan ke kawasan sekolah
PdPc dalam bilik darjah
Parking Lot Lawatan
Categories
2019 Aktiviti Kurikulum

Kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Tahun 2019

Tarikh: 23 April 2019
Masa: 11.00 – 11.10 pagi
Tempat: Bilik Solat SKUD
Kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah diadakan di peringkat sekolah melibatkan semua murid Tahun 1 hingga 6, guru serta AKP SK Ulu Daro. Kempen ini dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, dan dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh Sarawak. Kempen ini diadakan sempena Dekad Membaca Kebangsaan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.