Categories
2019 Jasamu Dikenang

Sehingga Berjumpa Lagi, Cikgu Azima ♥

Gambar utama:
Cikgu Azima menyampaikan nota serah tugas kepada Guru Besar SK Ulu Daro
Setelah perpindahan Cikgu Amira awal tahun ini, seorang lagi guru SK Ulu Daro bakal berpindah ke sekolah yang baharu. Cikgu Azima bt Jalil, guru Prasekolah Nuri bakal berpindah ke SK Sebandi Matang, Samarahan setelah berkhidmat di sini sejak tahun 2016.
Semoga Cikgu Azima terus berjaya dalam perkhidmatannya dalam mendidik anak bangsa di tempat baharu. Warga SKUD ingin mengucapkan terima kasih atas khidmat dan bakti yang telah beliau sumbangkan di sekolah ini.
Categories
2019 Aktiviti HEM

Taklimat Buku Wang Saku 2019

Tarikh: 9 Januari 2019
Masa: 10.30 – 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat
Satu taklimat mengenai penggunaan Buku Wang Saku telah disampaikan oleh Guru Besar SK Ulu Daro, En. Ahmad bin Mahmood. Taklimat ini telah disampaikan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Ulu Daro.