Tarikh: 14 Julai 2018 (Sabtu) Masa: 2.00 petang Tempat: Pentas Utama SKUD
Sambutam Gawai Raya tahun ini telah diadakan anjuran bersama PIBG SKUD dan Alumni SKUD. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKUD, Cikgu Ahmad bin Mahmood. Turut hadir ialah Penghulu Kpg Tengah, Lemang Pek & Pangtray, En. Abu Bakar bin Salleh.
Sambutan Hari Guru SKUD telah diadakan dengan tema pakaian “Kalau Saya Bukan Guru”, anjuran PIBG SK Ulu Daro. Tema Hari Guru tahun ini adalah “Guru Pemacu Transformasi Negara”. Sambutan ini dirasmikan oleh Dr. Mohd Afdal Bin Abdul Hadi. Turut menghadiri sambutan ini ialah YDP PIBG SKUD, Pn. Nurhidayati Abdullah, EXCO PIBG dan Guru Besar SK Camporan Daro, Pn. Noraida bt. Kipli, yang juga merupakan mantan Guru Besar SK Ulu Daro.
Mesyuarat Agung PIBG SKUD 2018 telah diadakan di Kelas Tahun 1 melibatkan semua ibu bapa dan guru. Biarpun ia diadakan pada cuti umum Good Friday, namun beberapa anggota PIBG tetap memberi komitmen untuk menghadiri mesyuarat ini.
Gambar kenangan bersama guru-guru lain dari seluruh dunia di Education Exchange 2018
Setelah melakukan persiapan selama 3 bulan, Cikgu Khairul telah memulakan perjalanannya untuk menghadiri persidangan Education Exchange (E2) 2018 pada 9 Mac yang lalu. Beliau telah menjalani sesi persediaan (Bootcamp) di Microsoft Malaysia, Kuala Lumpur pada tarikh tersebut, sebelum berada di Singapura pada 12-15 Mac 2018. Persidangan yang masuk tahun keempat tersebut telah diadakan di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapura. Cikgu Khairul merupakan salah seorang daripada 4 orang guru dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk mewakili negara bagi menghadiri persidangan tersebut di bawah program Microsoft Inovative Educator (MIE) Expert. Malah, beliau adalah wakil pertama dari negeri Sarawak sejak persidangan ini diperkenalkan pada tahun 2015.
Bootcamp E2 di Microsoft Malaysia, Kuala Lumpur
Dari kiri: Wan Juliana, Wan Azrina, Nur Hayati, Cikgu Khairul & Haniff
Beliau menghadiri persidangan tersebut bersama MIE Fellow dari MARA, Pn. Wan Juliana, sebagai ketua kontijen; Pn. Maimunah, dari Bahagian Teknologi Pendidikan; Pn. Lai Li Kuan, Teacher Engagement Manager Microsoft; dan En. Johan Termizi, wakil dari MDEC Malaysia. Tiga orang wakil lain adalah Cikgu Wan Azrina (SMK Kubang Kerian, Kelantan), Cikgu Nur Hayati (MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor) dan Cikgu Haniff (SK Jasin, Melaka).
Cenderamata dari pihak Microsoft
Sepanjang berada di Singapura, Cikgu Khairul telah menyaksikan perkongsian daripada pelbagai guru inovatif dari seluruh dunia dan bertukar-tukar idea dengan guru-guru lain yang hadir pada persidangan tersebut. Cikgu Khairul juga telah berkesempatan untuk bertemu dengan guru dari Ghana, Richard Appiah Akoto, yang menjadi tular setelah gambar beliau mengajar murid subjek ICT dengan melukis perisian Microsoft pada papan hitam tersebar luas di Internet.
Swafoto bersama Richard Appiah Akoto (Ghana)
Cikgu Khairul juga telah melalui Educator Challenge, iaitu satu sesi cabaran di mana beliau telah ditempatkan dalam kumpulan yang mempunyai ahli dari negara berlainan. Fokus cabaran tersebut ialah untuk menghasilkan sebuah sesi pengajaran melibatkan PAK21 dan pemikiran komputasional (computational thinking). Kumpulan beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori “Abstraction”.
Kumpulan 13: Jaehong Kim (Korea), Cikgu Khairul, Tim Muir (New Zealand), Arnaud Markert (Perancis) dan Steve Morgan (MIE Fellow dari Singapura)
Gambar kumpulan ketika menerima anugerah bersama Anthony Salcito, Vice President of Microsoft Education
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Khairul, dan semoga pengalaman beliau di sana dapat membantu untuk memantapkan lagi PAK21 di SK Ulu Daro. Pencapaian ini harus menjadi inspirasi kepada semua warga SK Ulu Daro supaya sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi kemahiran yang telah sedia ada pada diri masing-masing.
Galeri Kenangan Cikgu Khairul di E2 2018, Singapura
Pegawai SISC+ PPD Daro, En. Zulfadli bin Hj. Seddek telah dijemput sebagai penceramah bagi Bengke Kecemerlangan UPSR 2018 untuk subjek Matematik. Beliau telah menyampaikan beberapa tips untuk menjawab kertas soalan Matematik UPSR.