Categories
2018 Aktiviti Kurikulum

Peraduan “Clever Math”

Peraduan “Clever Math” telah dianjurkan oleh Panitia Matematik SKUD. Aktiviti ini dijalankan pada sesi perhimpunan sekolah. Kesemua murid diberi beberapa soalan Matematik dan diminta untuk menyelesaikan kesemua soalan dengan betul dalam masa yang terpantas.
Hadiah turut disampaikan kepada para pemenang sejurus selepas peraduan tamat.
Categories
2018 Aktiviti ICT

Skype-a-Thon 2018

Tarikh: 14 November 2018
Masa: 12.30 – 1.30 tengah hari
Tempat: Pusat Akses SK Ulu Daro
Seramai 33 orang murid Tahun 6 SK Ulu Daro telah menyertai kempen Skype-a-Thon yang julung kali diadakan di sekolah ini. Dibimbing oleh Guru Penyelaras ICT, Cikgu Khairul Azlan, mereka telah berhubung secara maya menggunakan Skype dengan Samseo Elementary School di Jangseong, Korea, di bawah bimbingan Cikgu Seo Wooyeon. Perjalanan maya ini adalah sejauh 3946 km (2452 batu). Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada persidangan yang dihadiri oleh Cikgu Khairul di Singapura pada bulan Mac yang lalu.
Skype-a-Thon merupakan sebuah aktiviti yang dianjurkan secara global oleh Microsoft melibatkan beberapa sekolah di seluruh dunia. Dalam masa 2 hari yang diperuntukkan (13-14 November), semua sekolah akan berhubung dengan sekolah di negeri atau negara lain dan bertukar-tukar pengalaman serta berkomunikasi antara satu sama lain. Pada masa yang sama, Skype-a-Thon tahun ini juga adalah kempen untuk membantu WE Schools, iaitu satu kelompok sekolah yang menggerakkan anak-anak muda untuk mengesan isu tempatan dan antarabangsa yang berlaku di sekeliling mereka. Bagi setiap 2000 batu (3218 km) pada jumlah jarak yang dilalui sepanjang sesi tahun ini, Microsoft akan memberi sumbangan kepada sekolah yang dibantu dalam program WE Schools.
Sepanjang panggilan video tersebut, kedua-dua pihak telah menjalankan Mystery Skype (meneka negara mana yang mereka berhubung), persembahan dan juga mempelajari bahasa masing-masing. Kelas di Korea telah membuat persembahan lagu tradisional “Arirang” dan tarian tradisional. Manakala, murid SK Ulu Daro telah membuat persembahan lagu “Flashlight” (dari Jessie J) dan “Rasa Sayang”.
Aktiviti ini adalah percubaan sebelum merancang untuk melakukan marathon Skype pada tahun 2019. Kesemua murid Tahun 6 tersebut telah mendapat manfaat dari aktiviti ini serta telah mengenali kawan baharu mereka dari luar negara.

Video panggilan Skype tersebut boleh ditonton di bawah.

Gambar bersama Samseo Elementary School, Jangseong, Korea

Categories
2018 Aktiviti

Pelancaran Tabung Sekolah

Tarikh: 19 Januari 2019
Masa: 7.15 pagi

Selepas bacaan Yasin secara beramai-ramai pagi tadi, satu upacara pelancaran Tabung Sekolah telah dijalankan dan dirasmikan oleh Guru Besar SKUD, Cikgu Ahmad. Tabung ini akan diletakkan di kawasan sekolah pada setiap hari Jumaat, dan seluruh warga SKUD boleh menyumbang kepada tabung tersebut. Hasil dari tabung ini akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur sekolah.

Categories
2018 Aktiviti Kokurikulum

Perkhemahan Unit Beruniform SKUD 2018

Tarikh: 9-10 November 2018
Perkhemahan Unit Beruniform SK Ulu Daro telah diadakan melibatkan semua murid Tahap 2, serta 6 orang bakal pengawas dari kelas Tahun 3. Antara aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi penyembelihan burung puyuh, sesi motivasi, barbeku masakan rimba, sesi kerohanian, dan kawad kaki.
Categories
2018 Aktiviti PIBG

Karnival Vaganza PIBG SKUD 2018

PIBG SK Ulu Daro telah menganjurkan Karnival Vaganza PIBG SKUD bagi tahun 2018. Karnival ini telah berlangsung selama 3 hari, bermula 2-4 November 2018. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memeriahkan karnival, termasuklah poco-poco, ratu ibu, karaoke lelaki dan wanita, tarik tali dan cabutan bertuah.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.207 Igan, En. Ahmad Johnie Zawawi. Turut hadir juga ialah, Pegawai Daerah Daro, Abang Mohamad Abang Turkey; Guru Besar SKUD, En. Ahmad bin Mahmood; Yang diPertua PIBG, Nurhidayati Abdullah; dan penduduk kampung.
Hari ini, saya merasmikan Karnival Vaganza SK Ulu Daro, Daro. pic.twitter.com/GmABTjQvpf

— Ahmad Johnie Zawawi (@AhmadJohnieZ) November 4, 2018