Categories
2018 Jasamu Dikenang

Jasamu Dikenang, Cikgu Amira ♥

Gambar utama:
Cikgu Samerin (wakil PIBG) menyampaikan hadiah penghargaan kepada Cikgu Amira
Cikgu Amira Nurhida bt Rolahi, salah seorang dari guru SK Ulu Daro bakal berpindah ke SK Orang Kaya Segurnim, Matu setelah berkhidmat di sini sejak tahun 2013. Perpindahan Cikgu Amira sangat dirasai oleh warga SKUD atas kegigihannya memantapkan kelas pemulihan serta bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di sini.
Semoga Cikgu Amira terus berjaya dalam perkhidmatannya dalam mendidik anak bangsa di tempat baharu. Warga SKUD ingin mengucapkan terima kasih atas khidmat dan bakti yang telah beliau sumbangkan di sekolah ini.
Categories
2018 Aktiviti PIBG

Gotong-Royong PIBG Mac 2018

Categories
2018 Kurikulum Pencapaian UPSR

Keputusan UPSR 2018

Gambar utama:
Murid Tahun 6 SK Ulu Daro menerima keputusan UPSR masing-masing
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR SK Ulu Daro tahun 2018 yang telah mendapat keputusan yang sangat membanggakan. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah mencapai kecemerlangan dari pelbagai aspek, samada dari segi akademik, sahsiah, dan juga kokurikulum. Kepada yang kurang berjaya dalam UPSR, usah berputus asa kerana anda telah berusaha sedaya upaya untuk membuktikan kebolehan anda. Teruskan berusaha sehingga anda berjaya.
Sekalung penghargaan juga kepada semua guru yang telah membantu calon-calon UPSR pada tahun ini serta mencurahkan ilmu untuk membantu murid-murid SKUD mencapai kejayaan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepada anak-anak dan membantu pihak sekolah untuk meneruskan misi mencapai kecemerlangan.
UPSR hanyalah permulaan bagi anda untuk menggapai lebih banyak kejayaan di peringkat sekolah menengah, seterusnya pada pengajian tinggi dan alam pekerjaan. Semoga berjaya dalam usaha anda untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya selepas meninggalkan sekolah ini.
Selamat tinggal, adik-adik, dan selamat maju jaya.
Masa kita bersama pasti akan menjadi kenangan terindah.
Categories
2018 Kokurikulum Pencapaian Sukan

Kejohanan Balapan & Padang MSS Daerah Daro 2018

Gambar utama:
Adik Nur Syakyiera (kiri) bersama para pemenang kategori larian 200m kategori perempuan.
 
Tarikh: 21 Februari 2018
Tempat: Stadium Mini Daro
Adik Nur Syakyiera binti Yusmi, salah seorang murid SKUD telah mewakili Zon Tanjung Alan dalam acara larian 200m, kategori perempuan di Kejohanan Balapan & Padang MSS Daerah Daro 2018. Adik Nur Syakyiera telah berjaya memenangi pingat perak (tempat kedua) bagi acara tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Adik Nur Syakyiera atas kejayaan ini!
 Cikgu Ahmad menyampaikan hadiah kepada Adik Nur Syakyiera
Categories
2018 Aktiviti PIBG

Gotong-Royong PIBG Akhir Tahun 2018