Categories
2019 Aktiviti Kokurikulum Sukan

Sukantara 2019: Lompat Tinggi

Categories
2019 Aktiviti HEM

Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah Sempena Pesta Daro 2019

ADUN N.43 Daro, YB Safiee bin Ahmad bergambar sambil melaungkan “Belia Benci Dadah” bersama tetamu kehormat serta peserta ceramah
Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah telah dianjurkan oleh PEMADAM Daerah Daro dengan kerjasama AADK Bahagian Mukah bertemakan “Belia Benci Dadah” bersempena Pesta Daro 2019. Seramai 29 orang murid Tahun 6 SK Ulu Daro serta murid-murid lain di sekolah sekitar kawasan Daro telah menghadiri ceramah tersebut yang disampaikan oleh wakil daripada AADK Bahagian Mukah. Ceramah ini telah dirasmikan oleh ADUN N.43 Daro, YB Safiee bin Ahmad.
Antara intipati ceramah ini ialah tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta tips kepada murid untuk mengenalpasti jenis-jenis dadah yang perlu dielakkan. Semoga ceramah ini dapat menambah lagi ilmu pengetahuan kepada murid-murid Tahun 6 SKUD dan sedar bahawa penyalahgunaan dadah adalah musuh utama negara kita.
Categories
2019 Aktiviti HEM

Program Ziarah Cakna SKUD Bil. 1/2019

Cikgu Ahmad, Guru Besar SKUD menyampaikan sumbangan kepada En. Ali Akbar bin Aban
Program Ziarah Cakna SKUD telah diadakan buat kali pertamanya pada sebelah petang tadi, di mana guru-guru SKUD telah melawat rumah Ketua Kampung bagi Kampung Tengah, iaitu Encik Ali Akbar bin Aban, untuk menziarahi keluarga murid Tahun 6, iaitu Adik Muhammad Aidid Equwan bin Ali Akbar.
Program Ziarah Cakna merupakan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru dilancarkan awal tahun ini. Ia bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa serta penjaga. Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun secara berkala, di mana pihak sekolah akan menziarahi rumah murid yang terpilih untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka.

Terima Kasih, Cikgu Isah ♥

Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Isah oleh Guru Besar SKUD,

Cikgu Ahmad bin Mahmood, ketika majlis perpisahan bersama murid-murid.

♥ ♥ ♥

Rama-rama terbang di padang,

Makin ramai menjelang fajar;

Cikgu Isah penolong kanan terbilang,

Dihormati guru, disayangi pelajar.

Pagi-pagi menoreh getah,

Menoreh getah di kebun Pak Irfan;

Ketika bertemu kini berpisah,

Sudah menjadi lumrah kehidupan.

Sedap sungguh si buah longan,

Sedap dimakan jika berteman;

Hilang di mata, di hati jangan,

Kusimpan nasihat sebagai pedoman.

Gugur berderai air mata,

Hulurkan segera sapu tangan;

Tangan dihulur maaf dipinta,

Jasa dan bakti jadi kenangan.

Harum sungguh si bunga melati,

Bunga melati di taman Pak Hassan;

Walaupun berat rasa di hati,

Demi tugas cikgu kami relakan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

InsyaAllah, kita berjumpa lagi.

– Pantun disampaikan oleh Cikgu Dzul Karnain

Selamat maju jaya di tempat baharu, Cikgu Isah ♥

Warga SK Ulu Daro akan merindui dan menghargai jasa dan bakti cikgu sepanjang berkhidmat di sini. Kami doakan agar cikgu sentiasa diberkati Allah SWT.

♥ ♥ ♥

Categories
2019 Kokurikulum Pencapaian

Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid dan Azan Peringkat Daerah Daro 2019

Adik Nurzaimatul Ain Rashidah, wakil Zon Tanjung Alan untuk Pertandingan Hafazan Kategori Perempuan
Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid dan Azan Peringkat Zon Tanjung Alan 2019 telah diadakan semalam (13 Mac 2019) di SK Camporan Daro. Untuk pertandingan ini, dua daripada murid SK Ulu Daro telah mewakili Zon Tanjung Alan, iaitu Adik Nurzaimatul Ain Rashidah binti Arashid untuk Hafazan Kategori Perempuan; dan Adik Nurcahaya bt Ahmad Symek, untuk Khat. Walaupun kedua-duanya tidak berjaya untuk mewakili Daerah Daro ke Peringkat Bahagian, namun kita harus berbangga dengan pencapaian mereka yang telah berjaya memasuki Peringkat Daerah.
Tahniah kepada kedua-duanya kerana telah melakukan yang terbaik!
Acara Khat:
Acara Hafazan: