Tarikh: 4 & 11 Mei 2019
Tempat: Kelas Tahun 6 & Tahun 3
Program Perkongsian Amalan Terbaik: Pemantapan Kemahiran Menjawab UPSR 2019 telah diadakan di SK Ulu Daro melalui dua fasa pada 4 Mei dan 11 Mei 2019. Kesemua murid Tahun 6 dan Tahun 5 SK Ulu Daro telah menyertai program ini. Seramai empat orang penceramah dari Kuching telah dijemput bagi menyampaikan perkongsian kepada para murid yang terlibat.
Fasa pertama diadakan pada 4 Mei 2019, melibatkan subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Perkongsian untuk subjek Bahasa Melayu telah disampaikan oleh En. Abdul Jamil bin Abdul Rahman, dari SK Rakyat Hj Bolhassan; manakala subjek Matematik telah disampaikan oleh En. Zaidel bin Jamain dari SK Matu Baru.
Fasa kedua pula diadakan pada 11 Mei 2019, melibatkan subjek Bahasa Inggeris dan Sains. Perkongsian untuk subjek Bahasa Inggeris telah disampaikan oleh En. Glyn ak Tian, dari SK Astana; manakala subjek Sains telah disampaikan oleh En. Abd Aziz bin Abd Wahab dari SK Pajar Sejingkat.
Setinggi penghargaan kepada ke-empat empat penceramah yang telah dijemput atas perkongsian yang diberikan. Semoga perkongsian ini dapat membantu murid SK Ulu Daro, terutamanya murid Tahun 6 untuk melakukan yang terbaik bagi peperiksaan UPSR yang akan datang pada bulan September ini.