Categories
2018 Aktiviti ICT

Hour of Code 2018

Dijalankan pada 23 Julai – 3 Ogos 2018 melibatkan 34 orang murid Tahun 6 dan 10 orang murid Kelab ICT. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan kepada “coding” menggunakan permainan Flappy Bird dan Minecraft.
 Penyampaian Sijil HOC kepada Murid Tahun 6
  Penyampaian Sijil HOC kepada ahli Kelab ICT SKUD
◆ ◆ ◆ ◆ ◆
 Gambar sepanjang aktiviti:
 
 
 
 
Categories
2018

Penyerahan Blok Bangunan Sistem Binaan Industri (IBS) oleh JKR Daro

Gambar utama:
Murid SKUD bergambar bersama tetamu yang hadir
Majlis penyerahan bangunan kelas Tahun 1-6 baru menggunakan Sistem Binaan Industri (IBS) telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Daro, En. Mortadza bin Sat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daro, serta pihak kontraktor, Erakristal Sdn. Bhd..
Video perincian bangunan baru oleh Erakristal Sdn. Bhd.
Categories
2018 Aktiviti Kurikulum

Pertandingan Mewarna (Sambutan Bulan Kemerdekaan)

Sempena Bulan Kemerdekaan 2018, pertandingan mewarna telah diadakan kepada semua murid SK Ulu Daro. Murid Tahap 1 diberikan kertas bergambar untuk diwarnakan secara individu. Manakala, murid Tahap 2 diberikan banner bergambar untuk diwarnakan menggunakan pelaka dan diwarnakan secara berkumpulan.
 
Categories
2018 ICT Kurikulum Pencapaian

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Sarawak 2018

Gambar utama:
Para pemenang anugerah bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus
Tarikh: 25 Oktober 2018
Tempat: Dewan Suarah Kota Samarahan, Samarahan

Dua orang guru dari SK Ulu Daro, iaitu Cikgu Ahmad dan Cikgu Khairul telah menghadiri Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Sarawak 2018 di daerah Samarahan, anjuran bersama Jabatan Pendidikan Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyeldidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Cikgu Ahmad, Guru Besar SKUD, mewakili sekolah untuk menerima Anugerah Terbaik “Virtual Learning Environment (VLE) Kategori Sekolah Rendah Teknologi OCPE 4G”. Anugerah ini disampaikan kepada sekolah yang aktif dalam penggunaan Frog VLE, menggunakan teknologi OCPE yang disediakan oleh 1Bestarinet.
 Cikgu Ahmad menerima anugerah Frog VLE dari Ketua Penolong Pengarah BTPN Sarawak, En. Thomas Kanyan Anak Siam.
Cikgu Khairul pula menerima dua anugerah. Anugerah pertama ialah “Microsoft Innovative Educator (MIE) Expert 2018” yang diterima oleh 12 orang MIE Expert yang pernah mewakili Sarawak untuk kelayakan ke Microsoft Education Exchange. Seramai 3 orang guru lain dari Daro (SK Camporan, SK Hijrah Badong, dan SK Sungei Passin) juga terpilih untuk menerima anugerah ini.
Cikgu Khairul menerima anugerah MIE Expert dari Ketua Penolong Pengarah BTPN Sarawak, En. Thomas Kanyan Anak Siam.
Anugerah kedua ialah Pencapaian Guru Peringkat Antarabangsa 2018. Ini adalah susulan daripada kejayaan Cikgu Khairul yang berjaya menjadi guru pertama dari Sarawak untuk mewakili Malaysia bagi menghadiri Microsoft Education Exchange di Singapura pada bulan Mac yang lalu. Selain dari piala serta sijil, Cikgu Khairul juga telah menerima sebuah komputer riba sumbangan khas dari BTPN Sarawak. Anugerah khas ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus.
Cikgu Khairul menerima anugerah Guru Peringkat Antarabangsa dari Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Warga SKUD sangat berbangga atas pencapaian ini. Semoga anugerah ini meningkatkan lagi tahap pembestarian sekolah di SKUD dan menggalakkan lagi budaya ICT dalam kalangan warga sekolah.
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Ahmad dan Cikgu Khairul!

Kontijen penerima anugerah dari Daerah Daro
Pasukan MIE Expert Sarawak 2018 bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Categories
2018 Aktiviti PIBG

Karnival Vaganza PIBG SKUD 2018

PIBG SK Ulu Daro telah menganjurkan Karnival Vaganza PIBG SKUD bagi tahun 2018. Karnival ini telah berlangsung selama 3 hari, bermula 2-4 November 2018. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memeriahkan karnival, termasuklah poco-poco, ratu ibu, karaoke lelaki dan wanita, tarik tali dan cabutan bertuah.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.207 Igan, En. Ahmad Johnie Zawawi. Turut hadir juga ialah, Pegawai Daerah Daro, Abang Mohamad Abang Turkey; Guru Besar SKUD, En. Ahmad bin Mahmood; Yang diPertua PIBG, Nurhidayati Abdullah; dan penduduk kampung.
Hari ini, saya merasmikan Karnival Vaganza SK Ulu Daro, Daro. pic.twitter.com/GmABTjQvpf

— Ahmad Johnie Zawawi (@AhmadJohnieZ) November 4, 2018