Author: SK Ulu Daro
Sepanjang berada di Singapura, Cikgu Khairul telah menyaksikan perkongsian daripada pelbagai guru inovatif dari seluruh dunia dan bertukar-tukar idea dengan guru-guru lain yang hadir pada persidangan tersebut. Cikgu Khairul juga telah berkesempatan untuk bertemu dengan guru dari Ghana, Richard Appiah Akoto, yang menjadi tular setelah gambar beliau mengajar murid subjek ICT dengan melukis perisian Microsoft pada papan hitam tersebar luas di Internet.
Cikgu Khairul juga telah melalui Educator Challenge, iaitu satu sesi cabaran di mana beliau telah ditempatkan dalam kumpulan yang mempunyai ahli dari negara berlainan. Fokus cabaran tersebut ialah untuk menghasilkan sebuah sesi pengajaran melibatkan PAK21 dan pemikiran komputasional (computational thinking). Kumpulan beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori “Abstraction”.
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Khairul, dan semoga pengalaman beliau di sana dapat membantu untuk memantapkan lagi PAK21 di SK Ulu Daro. Pencapaian ini harus menjadi inspirasi kepada semua warga SK Ulu Daro supaya sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi kemahiran yang telah sedia ada pada diri masing-masing.
Masa: 2.00 petang
Tempat: Pentas Utama SKUD
Sambutam Gawai Raya tahun ini telah diadakan anjuran bersama PIBG SKUD dan Alumni SKUD. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKUD, Cikgu Ahmad bin Mahmood. Turut hadir ialah Penghulu Kpg Tengah, Lemang Pek & Pangtray, En. Abu Bakar bin Salleh.























































