Sesi Bacaan Pagi pada pagi ini telah diisi dengan bacaan
perutusan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Ke-35 dari Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, yang dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKUD, Cikgu Masdor bin Madong. Hari ini, 19 Februari 2019, merupakan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Ke-35 bertemakan
“Komuniti Kita Tanggungjawab Kita.” Antara intipati perutusan tersebut ialah ia menyeru supaya seluruh anggota masyarakat, dari peringkat, guru, murid, ibu bapa dan komuniti sekeliling perlu bekerjasama untuk memerangi dadah, dan tidak meletakkan usaha memerangi dadah kepada hanya pihak atasan sahaja.
PK1, Cikgu Masdor membaca perutusan
Bulan Antidadah Kebangsaan disambut pada setiap bulan Februari setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai bahawa dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara dan kesihatan.
Objektif utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang gejala dadah sebagai musuh nombor satu negara. Sebagai agensi yang terlibat dalam memerangi dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan bertanggungjawab meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah memudaratkan kesihatan serta menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai masalah dadah dalam negara kepada orang ramai. Disamping itu juga sambutan ini mampu untuk meningkatkan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan semua pihak dalam usaha membanteras dadah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.adk.gov.my/bulan-antidadah-kebangsaan-2019/
Perutusan boleh diakses melalui pautan https://www.adk.gov.my/perutusan-ketua-pengarah-agensi-antidadah-kebangsaan-sempena-sambutan-hari-antidadah-kebangsaan-ke-35/