Guru baharu SKUD: Ustaz Azhar (kiri) dan Cikgu Ismail (kanan)
SK Ulu Daro telah menyambut kedatangan dua orang guru baharu pada awal tahun ini.
Guru yang pertama ialah Ustaz Ahmad Azhar bin Ab Hatib, yang berpindah dari SK Bawang Tian, Matu. Beliau berasal dari negeri Selangor, dan telah berkhidmat sebagai guru selama lebih daripada 20 tahun di Sarawak. Beliau telah memulakan tugasnya di SKUD mulai 31 Disember 2018.
Manakala seorang lagi guru ialah Cikgu Ismail bin Libar, yang baru sahaja memulakan perkhidmatan pertamanya sebagai guru. Beliau berasal dari Sebuyau, Sarawak dan merupakan lepasan IPG Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan, Sarawak. Beliau telah memulakan tugasnya di SKUD mulai 24 Januari 2019.
Selamat datang kami ucapkan, dan semoga kehadiran cikgu dapat membantu untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dalam kalangan murid di SKUD.
